Wednesday 6 May 2015

Apa yang perlu dilakukan selepas saringan 1?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Saringan satu telah berlalu. Bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan saringan yang telah anda jalankan? Seandainya anda berpuas hati, kami turut tumpang gembira. Tetapi, kalau masih ada rasa tidak puas hati, usah cepat mengalah. Kami pasti anda adalah guru yang terbaik. Maka, teruskan usaha demi kejayaan anak-anak kita. Pada entri kali ini, kami mahu berkongsi dengan anda semua tentang apakah yang perlu dilakukan oleh seorang guru setelah tamat tempoh saringan pertama. Kami amat berharap panduan yang kami berikan akan dapat membantu anda melaksanakan LINUS2.0 dengan lebih cekap.

Setelah tamat saringan, sila pastikan: 

1. Semua instrumen menulis murid yang telah lengkap ditanda, dikumpul dan disimpan di tempat yang paling selamat dalam bangunan sekolah.

2. Semua borang BPPI yang lengkap dan telah disemak serta ditandatangan oleh tuan guru besar disimpan di suatu tempat yang selamat.

3. Nama murid-murid yang tidak menguasai disenaraikan mengikut format borang dibawah. Jangan lupa senarai nama murid ini perlulah dicetak dan dimasukkan ke dalam fail LINUS2.0. Untuk rujukan guru, kami sarankan agar borang ini ditampal di bahagian belakang buku rekod mengajar.

Senarai nama murid-murid yang tidak menguasai https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOQ2V1cEpRLUsxZzg/view?usp=sharing

4. Headcount individu murid yang tidak menguasai dilengkapkan. Seperti senarai nama murid, headcount ini juga perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam fail LINUS2.0. Headcount ini juga wajar dilekatkan di bahagian belakang buku rekod mengajar.

5. Seandainya terdapat pelajar yang tidak menguasai, anda sebagai guru perlulah mengisi borang justifikasi agar sebab dan punca masalah literasi murid-murid dapat dikenal pasti.

6. Setelah semua perkara di atas selesai, kami yakin yang anda kini telah dapat mengenalpasti siapakah murid yang perlu anda bantu beserta masalah-masalah murid tersebut. Maka, anda wajar menyediakan satu pelan tindakan (action plan) agar intervensi boleh dirancang untuk dilaksanakan.

7. Sebelum saringan kedua, laksanakanlah segala perancangan intervensi dan jangan lupa untuk menitikberatkan aspek pengajaran LINUS2.0 seperti pengajaran kelestarian atau 'bridging', ABM yang bersesuaian, serta latih tubi LINUS2.0 dalam PdP kita.

8. Suka kami ingatkan, semasa perjalanan sebarang intervensi, ambilah gambar-gambar untuk dokumentasi dan setelah intervensi dilaksanakan jalankan satu kajian impak beserta laporan agar apa yang dilaksanakan tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

Kami semua yakin anda mampu melakukannya kerana andalah guru yang MEMBINA ILMU DAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK.. Sehingga bertemu lagi... sambutlah SALAM CELIK LITERASI DAN NUMERASI DARI KAMI..
  

No comments:

Post a Comment