Sunday, 11 January 2015

Pengoperasian LINUS2.0 2015: Pengurusan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang telah dijanjikan, entri kali ini akan membantu anda untuk memulakan pengoperasian LINUS2.0. Dalam entri ini, anda akan didedahkan tentang aspek pengurusan LINUS2.0 terlebih dahulu. Untuk anda memulakan proses pengurusan, anda perlulah

1- Mengetahui tentang LINUS2.0

Bagi membantu anda untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan LINUS2.0, adalah penting untuk anda memiliki surat pekeliling/siaran berkenaan LINUS2.0 ini. Surat ini bukan sahaja akan memaklumkan anda tentang matlamat dan perjalanan LINUS2.0, malah ianya merupakan dokumen penting yang perlu disimpan dalam fail induk LINUS2.0 bagi tujuan rujukan.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkannya:

Surat Siaran LINUS2.0
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuONGMtUXJVVHFMUzV5cy1EclFpREdRdnAxVUFF/view?usp=sharing

Surat Siaran Perlaksanaan LINUS
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuObnd6MjN1MWNEUjZ4TXJteXBOQlJpRDgyRkV3/view?usp=sharing

Surat Siaran Peranan Guru Pendidikan Khas
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOZUk4bWJWdUM2OGE3cDlzSkNMSFdZMjl3aTRR/view?usp=sharing

2- Mengetahui peranan dan cara pelaksanaan

Penting untuk guru mengetahui peranan yang wajar dimainkan bagi melicinkan proses pelaksanaan LINUS2.0 di sekolah. Guru bukan sahaja dituntut untuk mengajar murid-murid LINUS2.0 semata-mata. Mereka juga perlu mengurus serta memperbaiki mutu pengajaran agar murid-murid LINUS2.0 dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.

Panduan LINUS2.0 ini akan menerangkan tentang peranan dan perjalanan LINUS2.0 dengan lebih mendalam.
Panduan LINUS2.0: https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOdmNhd1UyczZjRkE/view?usp=sharing

3- Mengetahui fail serta dokumen yang diperlukan

Secara amnya, LINUS2.0 memerlukan Fail induk yang merangkumi ketiga-tiga subjek iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Namun dicadangkan guru untuk mewujudkan fail-fail sampingan seperti Fail Sokongan dan Fail Murid dan Data bagi memudahkan pengurusan dokumen dan maklumat.

Berikut merupakan panduan bagi pengurusan fail
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOelN6NEpxWlY2T0E/view?usp=sharing

4- Merancang perjalanan aktiviti LINUS2.0

Segala perjalanan LINUS2.0 yang melibatkan aktiviti jangka pendek atau jangka panjang perlulah dirancang serta diurus dengan sebaiknya. Hal ini kerana perancangan yang tersusun akan memudahkan perjalanan sesuatu inisiatif. Maka, pelan strategik diperlukan supaya semua usaha ke arah meningkatkan kemahiran asas literasi dan numerasi anak-anak didik kita terancang dan diatur dengan harmonis. Untuk tujuan itu, dicadangkan agar guru-guru mengadakan pelan strategik bagi sekolah masing-masing.

Anda boleh mencuba contoh pelan strategik di bawah
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOeFZmeVI3TWlJNHc/view?usp=sharing

Contoh Pelan Strategik Jangka Panjang
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOcTM0TjhtWEZUX0U/view?usp=sharing

Contoh Pelan Strategik Jangka Pendek
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOd1RXaTFEempFdzA/view?usp=sharing

Anda juga boleh mencuba platform pengurusan strategik bagi merancang perjalanan aktiviti LINUS2.0 di sekolah anda seperti yang di bawah:
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuONlMwZXpYYlNtSlk/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOcENxYzRpU25ZX1U/view?usp=sharing

Diharapkan anda lebih jelas tentang pengurusan LINUS2.0 di sekolah. Sekian dahulu.. Salam Celik Literasi dan Numerasi..





No comments:

Post a Comment