Tuesday 17 November 2015

Borang Rumusan Keputusan Saringan

Assalamualaikum semua,

Berikut adalah Borang Rumusan Keputusan Saringan. Sila download dan rumuskan keputusan saringan sekolah anda untuk pengesahan Guru Besar sekolah anda.

https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOWDZ3YXk2Y0pTSG8/view?usp=sharing

Sekian.

Tuesday 6 October 2015

Masa untuk saringan menulis! Jom saring!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Dah tiba masanya untuk kita (guru-guru LINUS2.0) untuk memulakan saringan menulis bagi saringan 2 tahun 2015. Adakah anda semua telah bersedia? Kalau anda sudah bersedia, kami pasti semua perkara asas yang perlu diuruskan sebelum saringan menulis telah pun anda lakukan. Ada yang masih tidak ingat perkara-perkara asas tersebut? Baiklah kami ingatkan anda. Sebelum saringan menulis dijalankan anda perlu:

1. Memastikan yang anda telah menerima instrumen menulis yang mencukupi untuk semua pelajar dari PPD.

2. Pastikan ada dokumen-dokumen penting seperti manual pentadbiran,dan BPPI murid berada bersama-sama anda. Bukan setakat ada sahaja, anda wajib baca dan fahami manual pentadbiran tersebut.

3. Pastikan saringan membaca atau lisan telah selesai dan skor saringan telah ditulis dengan lengkap dalam BPPI murid *sila guna dakwat pen kekal berwarna hitam atau biru.

4. Seandainya anda perlukan perancangan dalam menjalankan saringan menulis, rancanglah perjalanan saringan ini terlebih dahulu. Ingat cikgu, dalam saringan, PdP perlu berjalan seperti biasa ya..

Selepas semua aspek-aspek diatas telah anda uruskan dengan baik.. maka jalankanlah saringan menulis. Kalau anda ingin mengetahui cara pentadbiran saringan menulis, sila dapatkan maklumat mengenainya yang kami persembahkan dalam bentuk soal jawab dibawah:

Soalan: Bolehkah saya menyaring 12 konstruk sekali gus dalam saringan menulis?

Jawapan: Tidak boleh kerana ada murid yang tidak mampu menjalani saringan yang begitu padat dan seandainya disaring 12 konstruk sekali gus kami bimbang ada anak murid kita yang akan menjawab instrumen menulis dengan cuai.


Soalan: Bilakah masa paling sesuai untuk saya jalankan saringan menulis?

Jawapan: Dalam waktu PdP subjek berkenaan. Contohnya, saringan BI dijalankan sewaktu PdP BI.


Soalan: Boleh saya saring anak murid saya secara kelas ketika saringan menulis?

Jawapan: Boleh, anda digalakkan untuk menyaring mereka secara kelas.


Soalan: Kalau murid tak menulis tetapi memberi jawapan secara lisan, bolehkan diterima?

Jawapan: Hanya respon dalam bentuk tulisan sahaja diterima dalam saringan menulis.


Soalan: Bagaimanakah caranya untuk saya membantu murid dalam saringan menulis?

Jawapan: Pentaksir boleh memberi bantuan secara minimum dan menjelaskan arahan atau kehendak item di dalam instrumen jika diperlukan.


Soalan: Boleh saya mengulang mana-mana konstruk yang tidak dikuasai murid?

Jawapan: Anda tidak dibenarkan mengulang mana-mana konstruk yang tidak dikuasai murid dalam saringan menulis.


Soalan: Apakah panduan yang digunakan dalam menentukan ketepatan jawapan murid?

Jawapan: Pentaksir perlu merujuk kepada skema jawapan yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia yang boleh didapati di dalam Manual Pentadbiran Instrumen.


Soalan: Apakah langkah selepas pentadbiran instrumen?

Jawapan: Anda perlu memeriksa setiap item yang dijawab oleh murid. Dalam penandaan kertas gunakanlah pen merah berdakwat kekal. Kemudian, pindahkan skor secara telus ke BPPI murid. Selepas itu masukkan tahap penguasaan murid ke dalam portal NKRA.


Soalan: Perlukah saya simpan instrumen yang sudah ditanda?

Jawapan: Perlu. Instrumen murid yang telah ditanda perlu disimpan di tempat yang selamat dalam bangunan sekolah untuk tujuan rujukan.


Diharapkan semua dapat memahami perjalanan saringan menulis dengan lebih baik. Untuk pertanyaan lanjut, kemukakan soalan anda kepada kami (Pegawai FasiLINUS).

Selamat menjalankan saringan dengan telus dan sebaiknya.

Sampai bertemu lagi, sambutlah salam celik literasi dan numerasi dari kami.

Wasalam..

Sunday 13 September 2015

Dalam menjalankan saringan... Jangan lupa..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 

Dalam kerancakan kita menjalankan saringan lisan dan membaca, ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan. Bagi mencipta kelainan, perkara-perkara tersebut diselitkan dalam bentuk pantun.

Buah keranji buah berangan, 
Mari dimakan anak juragan, 
Dalam kita mentadbir saringan, 
Semua manual ada di tangan.

Singgah dulu di Kuala Pekan, 
Menjamah kari ikan siakap, 
Satu perkara usah lupakan, 
BPPI murid wajib lengkap. 

Berlajarlah anak bersungguh-sungguh, 
Masa depan mu tentu selamat, 
Jalankan saringan usah bertangguh, 
Masa yang tinggal hampir tamat. 

Kalau pergi ke Tanjung Tuan, 
Jangan lupa membawa tali,  
Saringan dijalankan ikut kemampuan, 
Usah disaring dua belas konstruk sekali.

Bermain bersama rakan dan taulan,
Permainan asal dari pekan,
Saringan boleh dibuat berkumpulan, 
Secara individu turut dibenarkan.

Si dara belajar jahitan jelujur, 
Disakat teruna di atas anjung, 
Saringan ditadbir telus dan jujur,
Barulah berkat amalan disanjung. 

Dengarlah teman nasihat berpuisi,
Buat pedoman minda nan bestari, 
Murid dibantu kuasai literasi numerasi, 
Agar hidupnya berjaya di kemudian hari.

Sekian dulu... Wasalam..  


Wednesday 2 September 2015

Saringan membaca dan lisan telah bermula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. 

Anda mesti sudah ketahui yang kini saringan membaca dan lisan kali ke 2 perlu dijalankan. Maka, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika anda menjalankan saringan kali ini.

1. Pastikan anda telah menerima manual dan instrumen membaca/lisan. Seadainya anda belum menerima manual dan instrumen tersebut, sila hubungi penyelaras LINUS2.0 sekolah anda atau Pegawai FasiLINUS daerah. Pastikan instrumen yang diterima adalah instrumen membaca atau lisan saringan 2 2015.

2. Baca dan fahami manual dan instrumen kerana manual akan membantu anda untuk memahami prosedur pentadbiran, kaedah pelaksanaan, kaedah pelaporan dan cara bagaimana saringan perlu dijalankan mengikut konstruk. Borang BPPI juga terdapat dalam manual.

3. Rancang bagaimana anda akan menjalankan saringan mengikut ketetapan berikut:

Masa: Ketika PdP subjek anda (* peringatan: PdP perlu dijalankan sepanjang tempoh saringan)

Tempat: Dalam kelas yang akan anda saring.

Tarikh: Pada hari-hari persekolahan dari 1-30 September 2015 bagi saringan lisan dan membaca
(jangan menjalankan saringan pada cuti hujung minggu, pelepasan am dan cuti persekolahan)

Mode: Individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi 3 orang)

Pemeringkatan: Dari konstruk paling mudah (konstruk 1) ke konstruk paling sukar (konstruk 12)


4. Setelah anda membuat perancangan, jalankanlah saringan dengan berhemah, berkualiti, telus, dan penuh etika.

5. Dalam menjalankan saringan, ada beberapa tips yang berguna untuk anda:

a- Janganlah anda saring anak-anak murid anda kesemua konstruk sekali gus. Murid-murid pada usia
yang amat muda seperti anak-anak murid kita mempunyai daya tahan ingatan dan fokus yang kurang. Maka, saringlah mereka mengikut kemampuan mereka. Contohnya: 3 konstruk sehari.

b- Seandainya murid anda keliru atau tidak berjaya memberi respon yang dikehendaki (seperti skema jawapan dalam manual), bimbinglah mereka dengan bijak serta terangkan kepada mereka arahan bagi konstruk yang sedang disaring. (*AWAS: JGN BERI JAWAPAN KEPADA MURID)

c- Seandainya anda ingin menjalankan saringan dalam kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 3 orang murid, pilihlah mereka yang sama kemampuannya. Hal ini adalah untuk mengelakkan murid mengikut atau meniru respon rakan mereka yang lebih bijak.

d- Jalankan saringan dalam suasana yang santai dan mesra. Elakkan dari mengunakan nada yang tinggi dan bahasa badan yang dingin.

e- Ketika saringan berlangsung, jangan lupa tiga dokumen ini MESTI ada bersama-sama anda dan
diletakkan bersebelahan instrumen iaitu:
1- Manual Am
2- Manual Pentadbiran Instrumen
3- BPPI murid yang disaring

f- Ketika menjalankan saringan, anda perlu prihatin kepada kehendak konstruk seperti penggunaan alat bantuan dan bahan maujud (kerana dalam saringan Numerasi ada konstruk-konstruk yang tidak dibenarkan penggunaan bahan maujud)

6. Setelah saringan dijalankan, sila pastikan borang BPPI anda diisi dengan lengkap. Mohon anda
sebagai pentaksir memberi perhatian kepada aspek-aspek dibawah:

- Adakah anda menggunakan borang BPPI yang sama dengan saringan 1?
- Adakah nama murid ditulis dengan lengkap dengan menggunakan dakwat pen kekal (biru/ hitam)?
- Adakah setiap konstruk yang disaring telah diisi skornya dengan lengkap dengan menggunakan pen
  kekal (biru/hitam)?
- Bagi Numerasi: adakah tarikh saringan setiap konstruk telah anda isi dengan menggunakan pen?

7. Sekiranya semua langkah telah diambil, maka anda telah berjaya menjalankan saringan membaca dengan baik. Tahniah! Namun jangan alpa dan leka kerana bermula 1 - 16 Oktober akan berlangsung saringan menulis pula. Pastikan anda mendapat instrumen saringan menulis yang mencukupi sebelum 1 Oktober nanti. Sehingga sebelum penandaan instrumen menulis bermula, jagalah BPPI murid-murid anda dengan baik.

Seandainya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Pegawai FasiLINUS daerah anda. Kami sedia membantu.

Sekian, sambutlah salam celik literasi dan numerasi.


 

Wednesday 6 May 2015

Apa yang perlu dilakukan selepas saringan 1?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Saringan satu telah berlalu. Bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan saringan yang telah anda jalankan? Seandainya anda berpuas hati, kami turut tumpang gembira. Tetapi, kalau masih ada rasa tidak puas hati, usah cepat mengalah. Kami pasti anda adalah guru yang terbaik. Maka, teruskan usaha demi kejayaan anak-anak kita. Pada entri kali ini, kami mahu berkongsi dengan anda semua tentang apakah yang perlu dilakukan oleh seorang guru setelah tamat tempoh saringan pertama. Kami amat berharap panduan yang kami berikan akan dapat membantu anda melaksanakan LINUS2.0 dengan lebih cekap.

Setelah tamat saringan, sila pastikan: 

1. Semua instrumen menulis murid yang telah lengkap ditanda, dikumpul dan disimpan di tempat yang paling selamat dalam bangunan sekolah.

2. Semua borang BPPI yang lengkap dan telah disemak serta ditandatangan oleh tuan guru besar disimpan di suatu tempat yang selamat.

3. Nama murid-murid yang tidak menguasai disenaraikan mengikut format borang dibawah. Jangan lupa senarai nama murid ini perlulah dicetak dan dimasukkan ke dalam fail LINUS2.0. Untuk rujukan guru, kami sarankan agar borang ini ditampal di bahagian belakang buku rekod mengajar.

Senarai nama murid-murid yang tidak menguasai https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOQ2V1cEpRLUsxZzg/view?usp=sharing

4. Headcount individu murid yang tidak menguasai dilengkapkan. Seperti senarai nama murid, headcount ini juga perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam fail LINUS2.0. Headcount ini juga wajar dilekatkan di bahagian belakang buku rekod mengajar.

5. Seandainya terdapat pelajar yang tidak menguasai, anda sebagai guru perlulah mengisi borang justifikasi agar sebab dan punca masalah literasi murid-murid dapat dikenal pasti.

6. Setelah semua perkara di atas selesai, kami yakin yang anda kini telah dapat mengenalpasti siapakah murid yang perlu anda bantu beserta masalah-masalah murid tersebut. Maka, anda wajar menyediakan satu pelan tindakan (action plan) agar intervensi boleh dirancang untuk dilaksanakan.

7. Sebelum saringan kedua, laksanakanlah segala perancangan intervensi dan jangan lupa untuk menitikberatkan aspek pengajaran LINUS2.0 seperti pengajaran kelestarian atau 'bridging', ABM yang bersesuaian, serta latih tubi LINUS2.0 dalam PdP kita.

8. Suka kami ingatkan, semasa perjalanan sebarang intervensi, ambilah gambar-gambar untuk dokumentasi dan setelah intervensi dilaksanakan jalankan satu kajian impak beserta laporan agar apa yang dilaksanakan tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

Kami semua yakin anda mampu melakukannya kerana andalah guru yang MEMBINA ILMU DAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK.. Sehingga bertemu lagi... sambutlah SALAM CELIK LITERASI DAN NUMERASI DARI KAMI..
  

Wednesday 1 April 2015

Ringkasan Kandungan Manual Am Saringan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Sebagaimana yang kita ketahui, pelaksanaan saringan LINUS2.0 akan menjadi lebih berkualiti seandainya setiap guru yang melaksanakan saringan ini memahami cara pelaksanaan saringan dengan baik. Oleh itu, ayuh kita fahami ringkasan kandungan Manual Am Saringan yang telah diubahsuai dalam bentuk peta minda.

Definisi Literasi Bahasa Malaysia (LBM) 


Definisi Literasi Bahasa Inggeris (LBI) 




Definisi Numerasi 




Tarikh Saringan 




Pentadbiran Saringan LBM & LBI




Pentadbiran Saringan Numerasi





Pengurusan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) 








Diharapkan kesemua maklumat yang diberi dapat menambah kefahaman kita tentang pelaksanaan saringan terutamanya saringan menulis yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kesemua maklumat dipetik daripada Manual Am Pentadbiran Instrumen Tahun 2015.

Sehingga bertemu lagi, sambutlah SALAM CELIK LITERASI DAN NUMERASI dari kami.


Wednesday 11 March 2015

Taklimat Saringan 1 LINUS2.0 PPD Kota Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 9 Mac 2015 bertempat di Dewan Permata Minda PPDKS, telah diadakan sesi taklimat pelaksanaan saringan 1 kepada kesemua penyelaras LINUS2.0 sekolah-sekolah daerah Kota Setar. Dalam taklimat tersebut, tiga pegawai FasiLINUS PPDKS iaitu En, Abdul Aziz Bin Mahamood, Puan Ruzita Bt. Ahmad dan Puan Rumini Bt. Abdullah telah menyampaikan pesanan dan peringatan tentang pelaksanaan dan pentadbiran saringan yang perlu diambil perhatian oleh penyelaras sekolah.

En. Abdul Aziz Bin Mahamood memberi taklimat yang jelas bagi panduan semua penyelaras
Semua penyelaras sekolah memberi perhatian kepada taklimat yang disampaikan 
Kehadiran dan komitmen yang sangat positif dari semua penyelaras.. Terima kasih.. 
Diharapkan kita mampu menjalankan saringan 1 ini sebaik-baiknya demi kelestarian kecemerlangan LINUS2.0

LINUS2.0 KOTA SETAR MENDAHULUI
LINUS2.0 KEDAH NO. 1 





Konstruk LINUS2.0 (LBI)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Dalam kerancakan kita melaksanakan saringan, janganlah kita lupa untuk memberikan perhatian kepada kesemua konstruk LINUS2.0.Ini adalah penting kerana konstruk mengandungi senarai kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.

LBM
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.


LBI:

Construct 1 : Able to identify and distinguish the letters of the alphabet.

Construct 2 : Able to associate sounds with the letters of the alphabet.

Construct 3 : Able to blend phonemes into recognizable words and segment words into
phonemes.

Construct 4 : Able to understand and use the language at word level.

Construct 5 : Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.

Construct 6 : Able to understand and use the language at phrase level in linear texts.

Construct 7 : Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts.

Construct 8 : Able to understand and use the language at sentence level in linear texts.

Construct 9 : Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts.

Construct 10: Able to understand and give simple instructions and directions with guidance.

Construct 11: Able to read and understand sentences with guidance.

Construct 12: Able to construct sentences with guidance

Numerasi


Konstruk 1

Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2

Keupayaan membilang

·         Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan

·         Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan

·         Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan

Konstruk 3

Keupayaan memahami nilai nombor

·         Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi

·         Menulis nombor mengikut urutan


Konstruk 4

Keupayaan membuat seriasi

·         Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:

- Banyak ke sedikit

- Kecil ke besar

- Pendek ke panjang

- Rendah ke tinggi

- Nipis ke tebal dan sebaliknya

Konstruk 5

Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

·         Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10


Konstruk 6

Keupayaan menyatakan waktu

·         Keupayaan menyatakan siang, malam berdasarkan situasi yang diberi

·         Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan

·         Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan

Konstruk 7

Keupayaan mengendalikan operasi asas

·         Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi

·         Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula

·         Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek

·         Operasi tambah dalam lingkungan 100

·         Operasi tolak dalam lingkungan 100

·         Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10


Konstruk 8

Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

·         Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10

·         Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang


Konstruk 9

Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

·         Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD dan UNIT STANDARD

·         Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu


Konstruk 10

Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

·         Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi

·         Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol tolak (–), simbol darab (x), symbol bahagi, sama dengan (=)

·         Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi dalam bahasa harian.


Konstruk 11

Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

·         Menyelesaikan masalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan objek maujud

·         Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi


Konstruk 12

Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran

·         Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang

·    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa

Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran

*Kepada tuan/puan penyelaras LINUS2.0 Sekolah, sila klik pautan di bawah untuk mencetak kesemua konstruk LINUS2.0 bagi tujuan penyimpanan senarai konstruk dalam fail 1 LINUS2.0

https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOMzgwUWFaWUFkbDg/view?usp=sharing

Tuesday 3 March 2015

Saringan (1) 2015: Membaca LINUS2.0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Saringan 1 bagi tahun ini telah bermula. Seperti biasa saringan 1 pada tahun ini akan dimulakan dengan saringan membaca (LBM & LBI) dan saringan lisan (Numerasi). Saringan ini bermula dari 1. Mac. 2015 sehingga 30. Mac 2015. Adakah anda telah bersedia? Bagi melancarkan proses saringan 1 ini pastikan anda mempunyai Manual Saringan Am, Manual Pentadbiran Instrumen, Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI), dan Instrumen Saringan. Dapatkan dokumen-dokumen tersebut dengan menekan link di bawah:

LBM

Tahun 1

Manual Am Saringan
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOQmFlUEhhclFCMmc/view?usp=sharing

Manual Pentadbiran Instrumen
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOc2Z0eEdwN2UtNXM/view?usp=sharing

Intrumen Membaca Tahun 1
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuORTYyYzQwRlVQbWs/view?usp=sharing


Tahun 2

Manual Am Saringan
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuONmFDaGJNS1VJM1k/view?usp=sharing

Manual Pentadbiran Instrumen
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOeTV6cUV6OGMwV1k/view?usp=sharing

Intrumen Membaca Tahun 2
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOMnpsUVQyRGRSNTA/view?usp=sharing


Tahun 3

Manual Am Saringan
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOSENCd3VTR2lDVDg/view?usp=sharing

Manual Pentadbiran Instrumen
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOeVVBZC1fRzR2R2c/view?usp=sharing

Intrumen Membaca Tahun 3
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOTXJ2OEl6Z0lxNnc/view?usp=sharing


LBI 

Tahun 1

Manual Pentadbiran Instrumen
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOYXUyNElOTGY0bkE/view?usp=sharing

Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOaFktRVU2cnVOWXM/view?usp=sharing

Intrumen Membaca Tahun 1
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOQ3ZDbnA0Sk5HczA/view?usp=sharing


Tahun 2

Manual Pentadbiran Instrumen
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOYl9iMG5zbnFxazQ/view?usp=sharing

Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOc1FKTFUwQ2xkbVk/view?usp=sharing

Intrumen Membaca Tahun 2
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOQVFQYWdpZ3dyTzg/view?usp=sharing


Tahun 3

Manual Pentadbiran Instrumen
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOUUN0QXJlT3lpd2M/view?usp=sharing

Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOeHFaZHVJaHdlSlE/view?usp=sharing

Intrumen Membaca Tahun 3
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOcnlEUzc1bWlOY1E/view?usp=sharing

Numerasi 

Tahun 1

Manual Am Numerasi
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOTVNLUU4zVVBWOEk/view?usp=sharing

Manual Instrumen Numerasi Lisan
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOVkk2TF9zR0F4SG8/view?usp=sharing

Instrumen Numerasi Lisan
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOc0hDTDFPb0FuWjg/view?usp=sharing


Tahun 2

Manual Instrumen Numerasi Lisan
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuObDZ6R0RGWXBQRDg/view?usp=sharing

Instrumen Numerasi Lisan 


Selamat Menjalani Saringan semua... Semoga LINUS2.0 di daerah kita bertambah cemerlang..

Monday 2 March 2015

Program Bimbing Selia LINUS2.0 Sekolah Sekolah Daerah Kota Setar: Selangkah ke Mercu Jaya


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Syukur kepada Yang Esa kerana dengan limpah kurnia yang tidak terhingga, Unit LINUS2.0 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah berjaya menganjurkan Program Bimbing Selia LINUS2.0 di Kota Setar pada 1. Mac. 2015 (Ahad). Ternyata benarlah bila kerja dilaksanakan dengan semangat bekerjasama, yang berat dan sukar boleh jadi ringan dan mudah. Banyak yang dipelajari dari program ini. Ilmu dan kemahiran yang dikongsi oleh semua Pegawai FasiLINUS berkaitan pengurusan fail, instrumen, PdP, dan Pelan Strategik haraplah dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah terutamanya guru-guru yang telah terlibat dalam menjayakan program kali ini dalam menambahbaik pengoperasian LINUS2.0. Sebarang kebaikan dan kelebihan yang dikenal pasti akan dijadikan teladan dan contoh bagi mencanai kecemerlangan, yang kurang dan lemah itu akan dijadikan sempadan ke arah memperbaiki kualiti pengurusan dan pengoperasian LINUS2.0 di dearah ini. Mewakili semua Pegawai FasiLINUS PPD Kota Setar, diucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai JPN, Pegawai-pegawai FasiLINUS semua daerah. Tidak dilupakan, ucapan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua Guru Besar, penolong-penolong kanan, penyelaras-penyelaras LINUS2.0 serta guru-guru sekolah yang terlibat: 

SK HJ ABDULLAH SADUN 
SK DATO' SHAARI 
SK MERGONG 
SK ALOR MENGKUDU
SK TUNKU RAUDZAH 
SK HUTAN KAMPONG 
SK HJ ISMAIL 
SK JALAN PEGAWAI 
SK TELOK KECHAI 
SK KANGKONG 
SK HJ HASSAN ITAM 
SK DARUL HIKMAH 
SK BUKIT PINANG 
SK TAMAN RAKYAT 
SK SERI PANTAI 
SK SERI PERDANA 
SK PEREMBA 
SK TAMAN BERSATU 
SK WAN ABDUL SAMAD
SK KUALA LANJUT 
SK JABI 
SK NAWA
SK BUKIT PAYONG 
SK KUBANG LERET 
SK POKOK SENA
SK SRI GUNONG 
SK BOHOR
SJK (C) PENG MING 
SJK (C) PEI SHIH 
SJK (T) BARATHY 

dan kesemua individu yang secara langsung atau tidak dalam menjayakan program kali ini.. 

Sang cenderawasih dengan kedidi,
Terbang berdua berlalu pergi,
Terima kasih sekalung budi,
Tahun hadapan berjumpa lagi.

Inilah diantara bingkisan memori yang tercipta

Anak-anak didik terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran 

Guru Pemulihan menjalankan aktiviti di kelas pemulihan

Tekun murid ini menyiapkan latihan yang diberi 

PdP yang menarik dipamerkan oleh guru 

Penjelasan dan bimbingan diberikan oleh Pegawai FasiLINUS

Fail disusun dengan kemas


Guru-guru bergambar kenangan dengan Pegawai FasiLINUS selepas bimbingan 

Pengajaran 'Phonics' oleh guru Bahasa Inggeris yang menarik 


Intrumen juga disemak oleh Pegawai FasiLINUS

Instrumen disusun kemas bagi memudahkan proses semakan 

Penyerahan bahan yang pastinya bermafaat 

Senyuman diukir ketika penyeliaan 

Taklimat yang jelas diberikan oleh Pegawai FasiLINUS

Wajah yang ceria selepas semakan dokumen dan fail dilaksanakan  

Sudut LINUS2.0 yang menarik hati 

Ruang yang baik untuk meningkatkan minat murid 

Pencerahan ke arah kecemerlangan 

Perbincangan bersama-sama pentadbir sekolah turut dijalankan 

Guru mengunakan ABM untuk proses PdP 

Semakan instrumen dijalankan 

Sekitar bimbingan di SK Jabi 

Perbincangan bersama-sama pentadbir yang pasti akan meningkatkan kualiti

Rumusan akhir diberikan oleh Pegawai FasiLINUS Kota Setar kepada semua guru


Tinggi bukit gilang gemilang
Air laut tenang tenangan
Budi ditabur takkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan 

Terima kasih semua atas segalanya
-dari kami UNIT LINUS2.0 PPDKS

Sunday 11 January 2015

Pengoperasian LINUS2.0 2015: Pengurusan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang telah dijanjikan, entri kali ini akan membantu anda untuk memulakan pengoperasian LINUS2.0. Dalam entri ini, anda akan didedahkan tentang aspek pengurusan LINUS2.0 terlebih dahulu. Untuk anda memulakan proses pengurusan, anda perlulah

1- Mengetahui tentang LINUS2.0

Bagi membantu anda untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan LINUS2.0, adalah penting untuk anda memiliki surat pekeliling/siaran berkenaan LINUS2.0 ini. Surat ini bukan sahaja akan memaklumkan anda tentang matlamat dan perjalanan LINUS2.0, malah ianya merupakan dokumen penting yang perlu disimpan dalam fail induk LINUS2.0 bagi tujuan rujukan.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkannya:

Surat Siaran LINUS2.0
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuONGMtUXJVVHFMUzV5cy1EclFpREdRdnAxVUFF/view?usp=sharing

Surat Siaran Perlaksanaan LINUS
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuObnd6MjN1MWNEUjZ4TXJteXBOQlJpRDgyRkV3/view?usp=sharing

Surat Siaran Peranan Guru Pendidikan Khas
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOZUk4bWJWdUM2OGE3cDlzSkNMSFdZMjl3aTRR/view?usp=sharing

2- Mengetahui peranan dan cara pelaksanaan

Penting untuk guru mengetahui peranan yang wajar dimainkan bagi melicinkan proses pelaksanaan LINUS2.0 di sekolah. Guru bukan sahaja dituntut untuk mengajar murid-murid LINUS2.0 semata-mata. Mereka juga perlu mengurus serta memperbaiki mutu pengajaran agar murid-murid LINUS2.0 dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.

Panduan LINUS2.0 ini akan menerangkan tentang peranan dan perjalanan LINUS2.0 dengan lebih mendalam.
Panduan LINUS2.0: https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOdmNhd1UyczZjRkE/view?usp=sharing

3- Mengetahui fail serta dokumen yang diperlukan

Secara amnya, LINUS2.0 memerlukan Fail induk yang merangkumi ketiga-tiga subjek iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Namun dicadangkan guru untuk mewujudkan fail-fail sampingan seperti Fail Sokongan dan Fail Murid dan Data bagi memudahkan pengurusan dokumen dan maklumat.

Berikut merupakan panduan bagi pengurusan fail
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOelN6NEpxWlY2T0E/view?usp=sharing

4- Merancang perjalanan aktiviti LINUS2.0

Segala perjalanan LINUS2.0 yang melibatkan aktiviti jangka pendek atau jangka panjang perlulah dirancang serta diurus dengan sebaiknya. Hal ini kerana perancangan yang tersusun akan memudahkan perjalanan sesuatu inisiatif. Maka, pelan strategik diperlukan supaya semua usaha ke arah meningkatkan kemahiran asas literasi dan numerasi anak-anak didik kita terancang dan diatur dengan harmonis. Untuk tujuan itu, dicadangkan agar guru-guru mengadakan pelan strategik bagi sekolah masing-masing.

Anda boleh mencuba contoh pelan strategik di bawah
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOeFZmeVI3TWlJNHc/view?usp=sharing

Contoh Pelan Strategik Jangka Panjang
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOcTM0TjhtWEZUX0U/view?usp=sharing

Contoh Pelan Strategik Jangka Pendek
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOd1RXaTFEempFdzA/view?usp=sharing

Anda juga boleh mencuba platform pengurusan strategik bagi merancang perjalanan aktiviti LINUS2.0 di sekolah anda seperti yang di bawah:
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuONlMwZXpYYlNtSlk/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0By0oyaTQvQuOcENxYzRpU25ZX1U/view?usp=sharing

Diharapkan anda lebih jelas tentang pengurusan LINUS2.0 di sekolah. Sekian dahulu.. Salam Celik Literasi dan Numerasi..





Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Ku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..

Syukur dipanjat kepada Yang Esa kerana dengan keizinan-Nya, kita dapat lagi meneruskan titik-titik perjuangan dengan bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2015. Tidak terlambat kiranya bagi kami disini mengucapkan 'Selamat Kembali Ke Sekolah' kepada semua guru dan terutamanya kepada anak-anak murid yang kami kasihi dan sayangi. Bagaimana pengalaman anda di hari pertama kelmarin? Sudah tentu ianya penuh dengan kemanisan yang memeriahkan kenangan..

Bagi semua guru tahun 1, 2, dan 3 khususnya dan semua guru amnya, kami disini mengharapkan kalian semua dapat menjadikan permulaan sesi persekolahan ini sebagai sumbu untuk membakar obor semangat keguruan anda bagi bersama-sama kita mengangkat peratusan saringan LINUS2.0 anak-anak didik kita bagi tahun ini. Kami amat memahami tugasan yang digalas sebagai seorang guru itu bukan mudah. Justeru, kami semua bersedia membantu bagi menjadikan aspirasi sifar LINUS satu realiti. Hubungi kami seandainya anda memerlukan sebarang maklumat awal tentang pengoperasian LINUS2.0 di sekolah anda. Insyallah, post yang berikutnya akan memberi anda pencerahan tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengoperasian LINUS2.0 pada tahun ini.

Kepada semua anak didik permata negara, setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat dan harapan kami, guru-guru, dan ibu bapa kalian untuk melihat anak-anak sekalian menempa kejayaan dalam segenap bidang terutamanya dalam keupayaan membaca, menulis, mengira, dan menaakul. Kami berdoa agar anak-anak semua berjaya di dunia dan akhirat sana. Ingatlah ilmu yang dihayati dan diamalkan akan menjadi penyuluh masa hadapan yang cerah.

Sekali lagi, kami semua Pegawai Fasilinus PPD Kota Setar mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru, dan anak-anak murid sekalian. Sehingga kita bertemu lagi, sambutlah salam celik literasi dan numerasi dari kami semua.